Wednesday 10 August 2011

Solusi

Merupakan majalah kegemaranku. Mula membacanya pada pertengahan tahun 2010. Pengisian yang ada di dalamnya sangat berguna untuk umat islam masa kini.

Setiap keluarannya memaparkan tajuk yang dapat menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Malah memfokuskan kepada sesuatu perkara menyebabkan isi kandungannya cukup padat dengan info serta diulas oleh ramai penulis yang mana masing-masing mengupas dari sudut yang berbeza.

Ruang info solat merupakan ruang terbaik untuk memperbaiki solat dan pemahaman seseorang akan lebih jelas apabila ruang ini berkongsi asal usul sesuatu perbuatan atau tindakan yang wajib pada solat.

Penulisan secara santai dalam ruangan angguk geleng cukup memberikan pengajaran dan membenarkan minda kita berfikir dengan lebih terbuka.

Tajuk Pelik tapi Benar mengupas tokoh-tokoh islam yang kadang kala tidak biasa didengari tetapi cukup hebat ciri-ciri peribadi yang ada pada mereka. Malah kehebatan tokoh yang ditonjolkan dapat mempengaruhi saya dalam mendidik anak.

Semoga rakan-rakan yang turut membacanya konsisten dengan majalah ini. Ilmu yang diperolehi tidak pudar dek zaman.

Salam.